Friday, February 18, 2011

Aksi T-Team, Kelantan kekal di Terengganu

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang isu atau kekeliruan timbul mengenai status venue perlawanan Piala FA di antara T-Team dan Kelantan hari ini, sebaliknya ia kekal berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan, mengadakan pertandingan di Terengganu tidak sepatutnya dianggap sebagai perubahan gelanggang kerana sejak awal lagi perlawanan memang dijadualkan berlangsung di stadium berkenaan.

"Sejak awal undian lagi, T-Team sememangnya telah dipilih menjadi tuan rumah kepada Kelantan dan perlawanan sepatutnya diadakan di Kuala Terengganu, tetapi disebabkan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ketika itu tidak bersedia jadi kita beritahu, buat sementara Kota Bharu akan menjadi tuan rumah kecuali jika menjelang hari perlawanan T-Team sudah bersedia.

"Minggu lalu, selepas mengadakan pemeriksaan ke atas stadium, kami dapati ia sudah berada dalam keadaan sempurna dan sedia untuk menganjurkan perlawanan, jadi tiada masalah untuk pertemuan itu diteruskan di sana. 

Ia hanya kembali ke tempat di mana ia sepatutnya diadakan dan saya tidak nampak sebarang isu mengenainya,'' ujar Hamidin ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...