Wednesday, February 16, 2011

Azmi tekad julang maruah skuad Johor skuad

PENGALAMAN pahit terjerumus ke saingan Liga Perdana selepas hanya semusim beraksi di Liga Super, musim lalu memberi pengajaran buat Johor untuk kembali pamer aksi terbaik biarpun sekadar di saingan kelas dua. 

Kemenangan Johor 2-0 ke atas Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) di Stadium Larkin, kelmarin menambah lagi tekad jurulatih, Azmi Mohamad untuk berusaha mengubah nasib skuad itu yang pernah mengecapi kejayaan ketika era 1980an dan 1990an.



Walaupun di atas kertas misi itu tampak sukar namun bagi bekas penyerang kebangsaan itu yakin jika perancangan yang di buat tersusun dan mengikut elemen berkualiti pasti tiada masalah untuk Johor melakar kejayaan.
“Saya perlu masa sekurang-kurang dua tahun untuk bentuk barisan mantap Johor tatkala memiliki pemain muda yang rata-rata berumur di bawah 24 tahun malah mereka tampak positif untuk beri sumbangan terbaik,” katanya. 

Azmi juga mengulas betapa kelibat empat pemain bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil iaitu Mohd Amirul Abu Seman, Azharidzuan Alias, Muhamad Fahian Roslan dan Mohd Asyraf Mohd Al-Jafri sudah mula menunjukkan peningkatan. 

Beliau juga berkeyakinan kombinasi pemain muda itu mampu melonjakkan kembali nama Johor selaku pasukan digeruni biarpun sedar perlu mengharungi ranjau yang berduri. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...