Monday, February 28, 2011

Azuan masih tertekan kedudukan Johor FC

SEHARUSNYA tiga mata mampu digapai Johor FC jika barisan serangan pasukan bertaraf kelab itu mampu menterjemah setiap percubaan depan gol dengan jaringan pada pertembungan menentang Selangor di Stadium JCorp, Pasir Gudang, kelmarin. 

Keputusan seri 0-0 menyaksikan skuad bergelar Lebah masih menghuni di kelompok bawah Liga Super sekali gus meletakkan jurulatih, Azuan Zain berada dalam dilema selepas ketumpulan barisan serangan masih menghantui skuad itu.

Dia hanya mengharapkan ledakan daripada trio penyerang - Shahrizal Saad, Mohd Rashid Aya dan Wan Hoesnie Wan Hassan - akan kembali berbisa.
“Saya agak tertekan dengan kedudukan Johor FC yang masih berada di kelompok bawah liga namun masih ada harapan untuk bangkit. Saya yakin pemain Johor FC juga tidak mahu melihat skuad itu di belenggu kekecewaan. 

Menjelang pertemuan menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok, Azuan belum pasti menurunkan barisan yang sama ketika mencatat keputusan seri menentang Selangor. 

Beliau berkata, hanya penjaga gol, Mohd Anis Faron yang akan tiba lewat memandang pemain itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan, semalam, malah Johor FC hanya memiliki seorang lagi penjaga gol, Mohd Fazli Paat. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...