Friday, February 25, 2011

Cikgu Jan resah Yob tak konsisten

“PERAK masih belum konsisten.” Begitulah pengakuan ketua jurulatih Perak, Norizan Bakar mengenai persembahan Seladang walaupun Perak belum tumpas dalam kancah Liga M setakat ini.
“Aksi kami belum konsisten. Pemain mampu bermain baik dalam satu perlawanan tetapi tidak berupaya mengulanginya dalam perlawanan berikutnya. Saya masih menunggu bila perkara itu akan berlaku,” katanya mengulas perkembangan skuad kendaliannya setakat ini.

Sehubungan itu, Norizan atau lebih dikenali Cikgu Jan berkata, pasukan Kejor Yob Kejor perlu lebih fokus bagi memastikan kemampuan pasukan tidak terjejas.


Apapun, pada masa sama beliau mengakui segalanya berjalan lancar dengan Perak bebas daripada kecederaan atau penggantungan bagi menentang Pahang di Kuantan, malam esok.

“Saya akan menurunkan barisan terkuat menghadapi anak buah Dollah Salleh. Pahang pasukan yang kuat dan perlu dihormati. Saya jangka cabaran sengit daripada tuan rumah. Justeru, pemain Perak perlu berada pada tahap terbaik,” katanya.


Dalam lima perlawanan termasuk pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada saingan Piala FA, Norizan mengekalkan kesebelasan permulaan yang sama memandangkan mereka beraksi cemerlang.



Begitupun, jurulatih itu berkata, dia tidak akan teragak-agak melakukan rombakan andai prestasi pemain terbabit merudum semasa latihan dan permainan sebenar hingga menjejas prestasi pasukan.

“Masih ada pemain belum diturunkan kerana gandingan semasa masih mampu memikul tugas dengan berkesan. Segalanya bergantung prestasi pemain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...