Saturday, February 26, 2011

Kedah seri dengan Kelantan

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kedah dan Kelantan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam ini.

Dalam perlawanan lain Terengganu menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan gol 2-1.

Sementara itu pada perlawanan Liga Perdana, Polis menewaskan Johor dengan 5-3, manakala Sarawak mengalahkan Pos Malaysia 5-1.

Sime Darby terikat tanpa jaringan dengan Harimau Muda; MP Muar pula menewaskan Pulau Pinang 3-2 dan SDM Navy seri tanpa jaringan dengan Angkatan Tentera. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...