Friday, February 18, 2011

Kelantan awasi jerat T-Team

RAMZUL   (tengah) diharap  mampu meneruskan sentuhan pemusnah pada perlawanan bertemu  T-Team, hari ini.
RAMZUL (tengah) diharap mampu meneruskan sentuhan pemusnah pada perlawanan bertemu T-Team, hari ini.



Mereka ada kelebihan terutama dalam situasi ‘set piece’ oleh Indra: Badri 

SAINGAN Piala FA yang bermula, hari ini adalah medan terbaik buat Kelantan untuk menewaskan T-Team yang dikatakan merampas tiga pemain utama mereka - Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.



Ketua pasukan, Mohd Badri Mohd Radzi berkata walaupun T-Team kini diperkuatkan dengan tiga pemain berkenaan, ia bukan alasan untuk The Red Warriors tidak dapat menundukkan mereka.
“Memang diakui ketiga-tiga mereka memiliki banyak pengalaman dalam saingan liga tempatan, selain pernah membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia. 


“Semua pemain perlu berhati-hati bagi mengelakkan Kelantan mengalami kekalahan dan memusnahkan harapan untuk menjulang trofi kedua musim ini,” katanya ketika dihubungi semalam. 


Mohd Badri berkata, T-Team mampu untuk mengecewakan Kelantan kerana mereka memiliki banyak kelebihan terutamanya dalam situasi ‘set piece’ yang dimiliki Indra Putra. 


“Semua pemain perlu berwaspada dan memberi lebih fokus kepada mereka. Sedikit kelalaian mampu memusnahkan harapan kita dalam perlawanan itu,” katanya. 
Mohd Badri berkata Kelantan akan bermain seperti biasa dan berharap setiap serangan balas dapat dimanfaatkan dengan baik. 


“Kami berharap penyerang Mohd Ramzul Zahini Adenan mampu meneruskan sentuhan pemusnahnya pada perlawanan itu nanti. Saya juga berharap penyokong memberi sokongan padu bagi meningkatkan semangat dan moral pemain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...