Saturday, February 19, 2011

Mosthakeen gusar hilang tonggak

PERLIS berdepan dilema ketika menanti kunjungan Felda United pada saingan pusingan pertama Piala FA 2011 di Stadium Utama Negeri Kangar, malam ini, berikutan kegagalan mereka menyenaraikan skuad terbaik berikutan kehilangan beberapa pemain utama akibat penggantungan dan kecederaan.


Setakat ini, aksi dua tonggak, Muhamad Munawar Shavukath Ali dan Mohd Sany Mat Isa yang beraksi di posisi pertahanan tengah dan kiri terpaksa dilupakan kerana digantung satu perlawanan selepas diperintah keluar padang akibat mendapat kad kuning kedua pada perlawanan menentang Harimau Muda A di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selasa lalu.

Ketua jurulatih skuad Singa Utara, Mosthakeen Omar berkata, mereka perlu menang pertemuan itu.


“Kami mahu kemenangan,” kata pengendali berasal dari Tongkang Yad, Alor Setar itu.

“Setakat ini, segala-galanya lancar walaupun ada pemain tidak beraksi. Saya dapati semangat dan keyakinan mereka juga tinggi untuk memastikan kemenangan pada perlawanan itu nanti menjadi milik pasukan.


“Kejayaan mengutip satu mata selepas mengikat Harimau Muda A, 1-1 adalah petanda kebangkitan kami selepas aksi mengecewakan dalam tiga perlawanan sebelum itu,” katanya.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...