Thursday, February 17, 2011

Piala FA tumpuan Johor FC

SELEPAS kempunan meraih tiga mata, akhirnya penantian Johor FC untuk melakar kemenangan pertama tercapai hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, kelmarin. 

Keputusan itu juga melegakan jurulatih skuad bergelar Lebah, Azuan Zain yang tampak berada dalam situasi tertekan selepas mengharungi tiga perlawanan lalu tanpa kemenangan dan hanya sekadar seri 0-0 dengan Felda United dalam aksi pertama liga elit domestik.



Malah, Azuan juga berada dalam kedudukan terumbang-ambing selepas pengurusan kelab berkenaan mahu mengadakan mesyuarat membincang prestasi tidak menentu pasukan itu.
“Saya amat lega dengan kemenangan dikecapi kerana bukan senang menjinakkan Sabah yang beraksi di laman sendiri selain moral pemain Johor FC juga agak menurun akibat kekalahan dua perlawanan lalu iaitu tewas 0-1 kepada Perak sebelum tumpas 1-4 kepada Kelantan. 

“Tumpuan kini terarah membuat persiapan dalam saingan Piala FA menentang SPA FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Sabtu ini dan misi utama adalah melakar kemenangan selepas gagal melepasi pusingan pertama, musim lalu,” kata Azuan. 

Beliau juga tidak menafikan betapa keberkesanan pemain tengah Rezal Zambery Yahya menjadi tonggak utama menjana gerakan selain kerap membantu barisan serangan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...