Wednesday, February 16, 2011

Sarawak makin stabil

KEDUDUKAN kewangan yang semakin stabil memastikan kebajikan pemain dan kakitangan pasukan Liga Perdana Sarawak musim ini lebih terjamin dan terpelihara termasuk mendapat pelbagai kemudahan yang belum pernah ditawarkan sebelum ini.


Perubahan itu disuarakan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman, yang mengaku perkara itu namun enggan menyatakan jumlah diperuntukkan bagi perbelanjaan pasukan itu pada musim ini.

Terdahulu, sumber menyatakan, FAS berjaya mengumpul lebih RM2 juta dalam bentuk tajaan daripada beberapa badan korporat di negeri ini, termasuk dana RM900,000 daripada Naim Candera Holidings.


“Jumlah peruntukan yang ada mencukupi bagi membayar gaji pemain, jurulatih, tambang kapal terbang dan penginapan sepanjang musim ini.

“Dana itu juga akan digunakan untuk membiayai program pembangunan bola sepak Sarawak yang sudah bermula di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menyaksikan pasukan Bujang Senang membenam Pulau Pinang SDM Navy Kepala Batas di Stadiun Negeri, Petra Jaya, petang kelmarin.


Pada perlawanan itu, Sarawak menumpaskan pasukan pelawat dengan jaringan 3-0.




Ketika diminta mengulas persembahan p asukan apabila mencatatkan dua kemenangan dan satu seri selepas tiga perlawanan, Sudarsono gembira dengan keputusan itu.

“Saya gembira apabila setiap perlawanan memihak kepada kita setakat ini tetapi pemain tidak harus cepat berpuas hati dan perlu konsisten.




“Amat penting untuk pasukan mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan selain memastikan setiap pemain dan pasukan konsisten,” katanya.

Sudarsono turut mengingatkan pemain supaya serius dalam menghadapi setiap perlawanan dan tidak silap membuat jangkaan kemampuan pasukan lawan.


“Kami mempunyai misi untuk ‘mengujang’ (mengembalikan) semula kehebatan pasukan Sarawak dalam arena bola sepak negara.


“Saya gembira kerana semua pegawai pasukan termasuk jurulatih dan pemain menunjukkan komitmen untuk mencapai misi ini,” katanya.


Sarawak pada musim ini ialah untuk kembali berjuang dalam Liga Super tahun depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...