Monday, February 21, 2011

Tok Gajah ke pusingan kedua liga

JURULATIH Pahang, Dollah Salleh berterima kasih kepada pemain kerana berjaya meneruskan langkah ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan Sabah 2-1, kelmarin.


Menurutnya, kejayaan itu membuktikan semua pemain sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi dan meletakkan mereka pada landasan terbaik.

“Saya puas hati dengan kejayaan ini tetapi pemain perlu lebih bersedia jika mahu memperkemaskan lagi jentera pasukan.


“Saya perhatikan kekuatan mental di kalangan pemain belum mencapai 100 peratus dan ia dapat disaksikan ketika mendahului lawan 2-0 tetapi gagal mempertahankan keputusan itu.

“Nasib baik, pemain berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 sekali gus layak ke pusingan kedua Piala FA,” katanya.


Pada perlawanan kelmarin, dua gol Pahang dijaringkan R Surendran dan R Karthigesu pada minit ke-57 dan 67 manakala gol tunggal Sabah pada minit ke-70.




Mengulas perlawanan itu, Dollah berkata, corak permainan belum mencapai tahap diinginkan biarpun beroleh kemenangan ke atas Sabah.

Menurutnya, pemain hilang tumpuan selepas mendahului lawan dan mereka dilihat tidak mampu beraksi sepanjang tempoh 90 minit.



“Saya harap pada perlawanan selepas ini, pemain dapat mengawal permainan hingga wisel penamat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...