Monday, March 21, 2011

Irfan kagum semangat anak buah singkir Perak

JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti kagum dengan semangat dipamer anak buahnya untuk mara ke separuh akhir Piala FA selepas melebur impian Perak dengan agregat 5-4 hasil kemenangan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Kekalahan itu bukan saja menunjukkan Perak jalan keluar dalam saingan Piala FA tapi turut melebur rekod tanpa kalah skuad bimbingan Norizan Bakar sejak sepak mula Liga Super Januari lalu.

Walaupun lampu stadium terpadam tiga kali sebelum dan ketika perlawanan berlangsung, ia tidak menghalang barisan Terengganu mempamerkan aksi bertenaga pada perlawanan itu.


“Pemain nampak tiada tekanan walaupun ketinggalan satu jaringan di tempat lawan selain kedatangan 10,000 penonton antara resipi Terengganu mara biarpun berdepan lawan yang belum tewas musim ini.

“Kelincahan jentera serangan selain kekentalan barisan pertahanan mengekang asakan lawan dan ketenangan bahagian tengah juga kunci skuad Penyu berjaya ke separuh akhir,” katanya.


Terengganu diundi menentang jiran, Pahang di separuh akhir Mei ini dan kapten, Marzuki Yusof tidak gentar dengan keupayaan Pahang yang menewaskan Kuala Lumpur, 2-1 secara agregat.



“Kami akan hadapi siapa saja dan akan memastikan mereka ditewaskan dalam laluan ke final,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...