Thursday, March 31, 2011

Kim Swee lega

TIADA undian lebih baik yang boleh melegakan hati jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee selain mengetahui Lubnan bakal menjadi lawan mereka di pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012, Jun ini.


Meskipun Lubnan juga bukan calang-calang pasukan di rantau Asia apabila melangkah ke pusingan terakhir kelayakan Olimpik Beijing 2008, namun sekurang-kurangnya Malaysia dapat mengelak daripada diundi bertemu pasukan ranking lebih tinggi seperti Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Utara, Syria dan pasukan pilihan terakhir, Uzbekistan.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna Kim Swee bersama anak buahnya boleh bersenang lenang kerana apa merumitkan situasi apabila mereka tidak tahu sejauh mana kekuatan Lubnan biarpun dari segi ranking dunia, negara itu kini menduduki tangga ke-169 berbanding Malaysia ke-138.




“Lubnan menewaskan Syria, Oman dan Qatar dalam perlawanan persahabatan Olimpik dan ini membuktikan mereka pasukan kuat, Lubnan atau Korea Selatan sama saja dan saya akan teliti corak permainan mereka.

“Kalau anda tanya impian saya sudah pasti mahu pasukan ini layak beraksi di Sukan Olimpik tapi kami perlu fokus perlawanan dengan Lubnan terlebih dulu,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis undian pusingan kedua Kelayakan Olimpik London 2012 di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia, semalam.


Pada majlis itu, Malaysia yang melepasi pusingan pertama selepas mengatasi Pakistan dengan agregat 2-0 diletakkan dalam kelompok 11 lagi pasukan termasuk Vietnam.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...