Saturday, March 26, 2011

Malaysia lawan FC Etoile




MALAM ini menyaksikan skuad kebangsaan kendalian K Rajagobal menentang pasukan FC Etoile dalam aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura. 

Perlawanan ini juga rangka persiapan skuad senior kebangsaan menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. 

FC Etoile dibimbing Gugliel-mo Arena itu adalah kelab dari Perancis yang beraksi di Liga Singapura (Liga S) dan kelab dibarisi anak jati Perancis itu adalah juara Liga S, musim lalu. 

Beraksi menentang FC Etoile menjadi peluang terbaik pemain negara mempelajari dan melihat gaya permainan ala pasukan kebangsaan Perancis. 

Difahamkan, kutipan tiket perlawanan itu bakal disalurkan kepada tabung mangsa bencana tsunami di Jepun. 

Sementara itu, berita baik peminat setia Harimau Malaya kerana Astro Arena akan menyiarkan siaran langsung perlawanan antara Malaysia dengan FC Etoile bermula jam 8 malam ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...