Thursday, March 31, 2011

PBNS tagih sentuhan ajaib Azraai Khor

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan mahu melihat prestasi Skuad Hoben Jang Hoben kembali melonjak selepas pelantikan jurulatih baru, Mohd Azraai Khor Abdullah. 

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berharap Azraai dapat membawa kemenangan kepada skuad Rusa pada perlawanan Liga Super menentang Terengganu, di stadium Paroi Sabtu ini. 

“Saya berharap kehadiran Azraai mampu mengembalikan semula prestasi pasukan Negeri Sembilan selepas mengalami beberapa siri kekalahan sebelum ini. 

“Saya yakin, berdasarkan trek rekod, pengalaman dan kepakaran bekas pengendali pasukan Harimau Muda A ini pastinya membuahkan hasil terbaik buat Negeri Sembilan,” katanya kepada Sinar Harian. 

Pada masa sama, beliau yakin jurulatih yang pernah membawa Kedah menjuarai tiga piala dalam satu musim itu mempunyai strategi tersendiri bagi mengembalikan semula prestasi pasukan pada tahap membanggakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...