Sunday, April 24, 2011

Karathu tarik nafas lega

KOTA BHARU - Kejayaan menumbangkan Perlis 4-0 dalam aksi Liga Super kelmarin cukup menggembirakan Datuk M. Karathu yang menyifatkan kemenangan itu sebagai langkah kanan skuad Kelantan di pusingan kedua.

Jurulatih itu berkata, kejayaan tersebut adalah hasil semangat dan komitmen tinggi barisan pemainnya sepanjang 90 minit perlawanan.

Menurut Karathu, kemenangan itu adalah permulaan yang baik buat pasukannya untuk meneruskan rentak cemerlang di pusingan kedua.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh barisan pemain. Mereka telah mempamerkan satu disiplin permainan yang tinggi dan kita telah menguasai hampir keseluruhan permainan.

"Tiga mata yang diperoleh dalam perlawanan malam ini (kelmarin) cukup baik buat kita untuk pusingan kedua ini dan saya harap ia akan berterusan dalam perlawanan selepas ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Karathu menghamburkan pujian buat pemain mudanya, Mohd. Izuan Solahuddin yang disifatkan telah menunjukkan kematangan.

Beliau mengakui jaringan pertama pemain itu cukup bermakna buat pasukan selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang sebelum itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...