Tuesday, April 26, 2011

Kelab Penyokong Kedah mahu pengadil berwibawa

KELAB Penyokong Kedah, menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar pengadil berwibawa setiap kali mengadili perlawanan membabitkan skuad Hijau Kuning. 

Presidennya, Nor Haswadi Hamzah berkata, ia berikutan pengadil yang mengadili perlawanan di antara Kedah dan Harimau Muda A Sabtu lalu didakwa bersikap berat sebelah. 

“Bagi kelab penyokong, mutu pengadilan memang amat mengecewakan. Walaupun keputusan pengadil adalah muktamad, pandangan penyokong tidak boleh dipandang remeh kerana kami menyaksikan setiap perlawanan dan pastinya dapat menilai setiap keputusan pengadil itu berat sebelah ataupun tidak. 

“Kami menggesa agar FAM mengkaji secara menyeluruh mengenai tahap pengadilan yang terang-terangan berat sebelah terhadap pasukan Kedah. Saya juga berharap FAM dapat menghantar pengadil yang berwibawa dan bersikap telus untuk kedua-dua pasukan,” katanya kepada Sinar Harian. 

Sementara itu, Pengurus Pasukan Kedah, Datuk Khazali Din turut merasakan situasi sama dan mahu perkara itu mendapat perhatian daripada FAM. 

Difahamkan, Penyokong Hijau Kuning mula menunjukkan ketidakpuashatian mereka setelah pengadil perlawanan, Shokri Nor tidak memberikan sepakkan penalti kepada pasukan Kedah selepas bola terkena tangan salah seorang pemain Harimau Muda A dalam kawasan kotak penalti. 

Keadaan bertambah tegang apabila masa tambahan hanya diberikan sebanyak dua minit walaupun berlakunya kecederaan dan sedikit pertengkaran antara pemain kedua-dua pasukan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...