Thursday, April 21, 2011

Masih ada peluang: Kim Swee

PENGENDALI skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee masih membuka pintu kepada setiap pemain berusia bawah 22 tahun yang berpotensi untuk mewakili negara menjelang perlawanan Pusingan Kelayakan Zon Asia, Jun depan. 

Bagaimanapun, beliau menaruh harapan tinggi kepada pemain sedia ada namun tetap mengalu-alukan muka baru dalam skuadnya. 

“Peluang masih terbuka buat pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia 2011 untuk menganggotai skuad Olimpik negara. 

“Saya menilai mereka dari segenap sudut sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya. 

Dalam pada itu, anak buah Kim Swee bakal menghadapi perlawanan persahabatan menentang Qatar 13 Jun depan sebagai persiapan akhir sebelum bertemu Lubnan perlawanan pertama pusingan kedua, enam hari kemudian. 

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 23 Jun 2011. 

Pemenang peringkat ini akan diundi dalam tiga kumpulan untuk pusingan terakhir dengan juara setiap kumpulan layak secara automatik ke Sukan Olimpik London 2012 manakala pasukan tangga kedua akan melalui pusingan play-off menentang pasukan dari Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...