Saturday, April 23, 2011

PKNS terus cengkam pendahulu Liga Perdana, Johor atasi Sime Darby 1-0

PENDAHULU Liga Perdana, Selangor PKNS mengukuhkan kedudukan di tangga pertama apabila mencatatkan kemenangan besar membenam MP Muar 4-0 di Stadium MBPJ, malam tadi. 

Mohd Irme Mat muncul wira PKNS apabila menghasilkan gol hatrik pada minit kesembilan, 33 dan 58. Pesta gol pasukan tuan rumah ditambah lagi menerus Mohd Khairul Akhyar pada minit ke-61.




  • Di Stadium Kepala Batas, USM menang tipis ke atas SDM Navy 2-1 hasil jaringan Thinagaran Sahthanadaven pada minit ke-65 dan Azwira Abdul Wahid minit ke-86. Gol tunggal SDM Navy dihasilkan Azman Nizam Abdullah pada minit ke-16.

  • Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor yang terpaksa beraksi di padang becak tidak menghalang tuan rumah mencipta kemenangan 1-0 ke atas Sime Darby untuk melonjak ke tangga ketiga liga hasil jaringan Jaszarin Jamaluddin pada minit ke-58. 

  • Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Polis mencatat kemenangan 1-0 apabila menewaskan Tentera manakala dalam perlawanan sebelah petang di Stadium Batu Kawan, pasukan tercorot liga, Pulau Pinang terpaksa akur apabila tewas kepada Pos Malaysia 1-0 hasil jaringan Mohd Hanifuddin Abd Rahman pada separuh masa pertama. 
  • No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...