Saturday, April 23, 2011

The Red Warriors tampil garang di Kota Bharu

KELANTAN mengganas di Kota Bharu.Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu meraih kemenangan kelapannya setelah membelasah pasukan tercorot liga, Perlis 4-0 pada pertemuan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Keputusan itu menyaksikan Kelantan mengutip tiga penuh untuk mengumpul 27 mata, sekali gus berada di tangga kedua liga di belakang Selangor yang memiliki kelebihan dua mata.
Empat gol The Red Warriors masing-masing dijaringkan oleh Mohd. Azuan Solahudin (40), Norshahrul Idlan Talaha (51), Mohd. Nizad Ayub (69) dan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi pada minit ke-73.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula, tuan rumah Kuala Lumpur dan Felda United sekadar berkongsi satu mata apabila terikat seri tanpa jaringan.
MOHD. AZUAN (kanan) melepaskan rembatan kencang ke gawang Perlis pada aksi di Kota Bharu malam tadi. Kelantan menang 4-0.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...