Thursday, April 28, 2011

Seorang Daripada Pemain Import Liga Malaysia Mesti Dari Asean


PETALING JAYA 28 April — Bermula musim depan, pemain import akan kembali mewarnai arena bola sepak tanah air dan seorang daripada mereka mestilah dari negara Asia, demikian diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).


Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, FAM secara dasarnya bersetuju dengan kemasukan kembali pemain import dalam liga tempatan dan keputusan muktamad akan dibuat dalam masa yang terdekat ini.


"Ini adalah bagi memberi peluang kepada pasukan negeri mencari pemain import terbaik dan bukannya tangkap muat pemain luar nanti,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM hari ini.


Annuar berkata, penggunaan khidmat pemain import diharapkan dapat memberi sumbangan dan pendedahan kepada pemain tempatan untuk beraksi lebih kompetitif. — Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...