Saturday, May 21, 2011

Kim Swee rombak pemain hadapi baki Liga Super

JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee akan tetap meneruskan percaturan menukar empat atau lima pemainnya dalam kesebelasan utama bagi mengharungi baki perlawanan Liga Super sebelum menghadapi perlawanan kelayakan Olimpik menentang Lubnan, pertengahan bulan depan. 

Katanya, percaturan sedemikian penting bagi memberi ruang rehat kepada barisan pemainnya yang tampak keletihan ketika mengharungi jadual perlawanan yang padat.

“Bagi perlawanan seterusnya, saya akan terus menukar empat atau lima pemain dalam kesebelasan utama kerana saya lihat ramai yang keletihan.


“Seperti biasa, kami akan membuat pertukaran dari satu perlawanan ke satu perlawanan lain,” katanya selepas melayan kunjungan Terengganu di Stadium Shah Alam, kelmarin. 

Harimau Muda A yang tewas tipis 1-2 kepada anak didik Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan Terengganu sebagai sebuah pasukan dipenuhi pemain berkaliber dan mampu menghasilkan jaringan yang tidak diduga sama sekali. 

“Gol Mohd Ashaari (Samsudin) dianggap terbaik musim ini kerana kita jarang dapat melihat gol seumpama itu dalam liga tempatan. Itulah kelebihan Terengganu. 

“Begitupun, pada saya kami berjaya mengawal rentak permainan dengan baik, cuma penyerang teragak-agak apabila di depan gawang lawan dan tidak tahu bagaimana untuk mencari posisi jaringan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...