Saturday, May 28, 2011

SPRM panggil pemain

SEREMBAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri akan memanggil beberapa pemain dan pengurusan skuad Piala Presiden negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengatur keputusan perlawanan.

Pengarahnya, Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya akan menyiasat secara menyeluruh kes tersebut selepas meneliti laporan yang dibuat oleh PBNS kelmarin.

"Kita baru sahaja menerima laporan polis oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pagi ini.

"Kita maklum mengenainya dan bolehlah saya mengesahkan ia kini dalam siasatan SPRM negeri ini," katanya di sini, semalam.

Hishamuddin meminta semua pihak memberi SPRM masa menjalankan siasatan dan berharap tiada yang membuat spekulasi awal berhubung perkara itu.

Kelmarin, PBNS membuat laporan polis bagi menyiasat dakwaan beberapa pemain termasuk pengurusan skuad bola sepak Piala Presiden negeri ini yang disyaki terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supritendan Mohd. Yusoff Awang memberitahu, pihaknya menyerahkan laporan PBNS itu kepada SPRM negeri pagi semalam bagi tujuan siasatan agensi berkenaan.

"Selepas kita menerima laporan itu semalam, kes itu dirujuk ke SPRM kerana ia membabitkan unsur rasuah," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...