Monday, June 20, 2011

Impian Tentera ke Liga Super lebur

TENTERA sudah boleh melupakan terus hajat besar untuk layak ke saingan Liga Super musim depan selepas terus dibelenggu keputusan seri dalam saingan Liga Perdana musim ini. 

Berbaki dua perlawanan liga, Tentera kini berada di tangga ketujuh setelah mengumpul 31 mata hasil menang lapan, tujuh seri dan lima kekalahan.
Jurulatih Tentera, Mohd Zahid Hashim, berkata matlamat ke Liga Super sudah dilupakan dan tumpuan pasukan kini menjadi adalah empat pasukan teratas Liga Perdana untuk menghidupkan peluang bersaing dalam play-off ke Liga Super dan layak menyertai Piala Malaysia.


“Andai berada dalam empat pasukan teratas Liga Perdana, Tentera berpeluang bersaing dalam play-off dan menyertai pertandingan lebih berprestij Piala Malaysia,” katanya. 

Demi mencapai matlamat itu, Tentera perlu menewaskan POS Malaysia pada pertemuan Jumaat ini dan pasukan tangga kedua Sarawak, 1 Julai depan. 

Menurut Mohd Zahid, dua kemenangan mampu mengubah kedudukan liga tetapi padam masa sama, Tentera berharap pasukan seperti PKNS dan Sarawak terus mengetepikan cabaran pesaing lain. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...