Saturday, June 18, 2011

Skuad Harimau Malaya tekad tunjuk taring tunduk Myanmar

PERTEMBUNGAN skuad Harimau Malaya menentang Myanmar di Kota Bharu, malam ini menjadi perlawanan penting kepada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dalam usaha mencari kombinasi pemain lengkap serta terbaik. 

Menurut pengendali berkenaan, pertemuan ini akan menjadi satu titik permulaan dalam mencanang skuad kebangsaan mantap sebelum berdepan Taiwan dalam saingan kelayakan Piala Dunia pada 29 Jun ini.

“Saya tetap menganggap perlawanan persahabatan dengan Myanmar ini penting menilai kekuatan sebenar pasukan selain menjadi medan persediaan ke arah mencari kombinasi pemain terbaik.


“Di sini kita dapat memastikan pemain yang mampu memberi persembahan terbaik dalam saingan Piala Dunia itu sekali gus berupaya memberikan kemenangan kepada Malaysia untuk terus melangkah ke pusingan seterusnya. 

“Walaupun ini adalah perlawanan persahabatan saja, namun saya tetap mahu pemain memberi persembahan terbaik membuktikan Malaysia mampu menundukkan lawan esok (malam ini),” katanya pada majlis suaikenal antara pemain Malaysia dan Myanmar di KB Mall, di Kota Bharu, semalam. Hadir sama Jurulatih Myanmar, Milan Zivadinovic. 

Sementara itu, Zivadinovic, menegaskan pemainnya akan menggunakan peluang ini mempamerkan persembahan terbaik walaupun terpaksa berhadapan dengan sorakan gemuruh penonton tuan rumah. 

“Dalam masa 90 minit perlawanan nanti, saya akan memastikan Myanmar akan memberi persembahan terbaik dan akan menjadikannya sebagai gelanggang penting menimba pengalaman dari pasukan yang digeruni di rantau ini,” katanya. 



 TIMBALAN Presiden Persatuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Anuar Musa (tengah) diapit jurulatih  Myanmar, Milan Zibadinovic  (kanan) dan   Rajagobal bersama pemain negara dan Myanmar pada Majlis Suaikenal pasukan  di  Kota Bharu, semalam.
TIMBALAN Presiden Persatuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Anuar Musa (tengah) diapit jurulatih Myanmar, Milan Zibadinovic (kanan) dan Rajagobal bersama pemain negara dan Myanmar pada Majlis Suaikenal pasukan di Kota Bharu, semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...