Thursday, June 30, 2011

Slovakia sudah beri lampu hijau

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pengurusan bola sepak Slovakia sudah bersetuju dengan permohonan menghantar skuad Harimau Muda negara berlatih di negara Eropah itu. 

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pasukan Olimpik kendalian Ong Kim Swee itu dijadualkan mengadakan 12 perlawanan persahabatan dengan Kelab Liga Divisyen Satu Slovakia.
“Sebelum ini, kita sudah memaklumkan hasrat kepada pihak pengurusan bola sepak Slovakia dan mereka sudah bersetuju dengan permohonan kita.
“Saya melihat ini adalah perancangan baik bagi pembangunan bola sepak negara khususnya skuad Olimpik kebangsaan yang akan bermain untuk beberapa perlawanan penting termasuk kelayakan Olimpik dan Sukan SEA nanti,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Program Bengkel dan Pembangunan Bola Sepak Negara di Majlis Sukan Negara, semalam. 

Azzuddin berkata, selain perlawanan di Slovakia nanti, mereka juga di jadualkan akan mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad Olimpik Austria dan Republik Czech. 

“Semua perlawanan bertujuan memberi pendedahan kepada pemain negara lebih yakin menghadapi perlawanan bakal ditempuhi kelak,” katanya. 

FAM sudah membuat permohonan kepada kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan mereka sudah bersetuju menanggung sebahagian kos sebagai bantuan persiapan itu. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...