Thursday, June 23, 2011

Tekad dua peledak

GIGIH...skuad Olimpik negara memanaskan badan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
GIGIH...skuad Olimpik negara memanaskan badan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

SELEPAS dikritik kerana aksi hambar pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 di Beirut Ahad lalu, penyerang skuad Olimpik negara, Izzaq Faris Ramlan bertekad untuk menebus kesilapan itu bagi aksi penentuan menentang Lubnan malam ini.

Penyerang tinggi lampai berusia 21 tahun itu sedar harapan jutaan rakyat Malaysia kini terletak di bahunya serta rakan sepasukan untuk membenam cabaran Lubnan sekali gus meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga.

“Saya tahu, saya tidak beraksi dengan baik di Beirut biarpun pemain pertahanan mereka tidak begitu agresif tapi saya berjanji memberikan aksi lebih baik jika diberi peluang bermain dalam perlawanan esok (hari ini).

“Belum ada rezeki lagi untuk saya menjaringkan gol, tapi saya tidak kisah, siapapun boleh jaringkan gol kerana yang penting Malaysia layak,” katanya yang ditemui Arena Metro semalam.

Izzaq yang memiliki ketinggian 1.86 meter serta meledak lapan gol dalam Liga Super musim ini gagal beraksi baik pada perlawanan dengan Lubnan sebelum ini sehinggakan jurulatih Ong Kim Swee mengeluarkannya pada awal babak kedua dan memasukkan Syahrul Azwari Ibrahim.

Jika bukan Izzaq yang menjadi pilihan Kim Swee pada perlawanan malam ini, Syahrul Azwari antara calon terbaik untuk menggempur kubu Lubnan.

“Kalau diberi peluang, saya akan gunakan sebaik-baik mungkin peluang itu untuk membuktikan kemampuan saya. Saya tidak rasa sebarang tekanan sebaliknya Lubnan sepatutnya tertekan kerana beraksi di tempat lawan,” kata Syahrul Azwari Syahrul Azwari yang kerap ditimpa kecederaan musim ini sebenarnya mempunyai rekod baik di pentas antarabangsa dengan meledak gol ketika tumpas 2-1 kepada skuad Olimpik Thailand. Dia kemudian mencipta nama dengan menjaringkan satu gol ketika skuad Olimpik negara membenam skuad Olimpik Singapura 2-0 dalam satu lagi aksi persahabatan awal tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...