Friday, July 22, 2011

Cardiff tawar pemain beraksi Liga-M

JOHOR BAHRU - Kelab Liga Kejuaraan di England, Cardiff City yang dimiliki rakyat Malaysia, bersedia menawarkan khidmat pemainnya kepada pasukan negeri atau kelab yang mahu mendapatkan pemain import dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemiliknya, Datuk Chan Tien Ghee berkata, pihaknya tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pasukan negeri atau kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemain kelab yang berpengkalan di Wales itu.

Menurutnya, hasrat tersebut seandainya terlaksana kelak akan memberikan kesan positif termasuk kepada pembangunan sukan bola sepak negara.

"Kelab kami bersedia untuk memberikan khidmat pemain kepada pasukan negeri dan kelab dalam saingan Liga Malaysia yang mahu mendapatkan pemain import dalam saingan liga musim depan.

"Kami memiliki lebih 100 pemain yang kini sedang menjalani latihan di akademi bola sepak Cardiff City, malah pemain sedia ada juga memiliki kualiti untuk beraksi di Liga Malaysia," katanya pada program Jelajah Komuniti 1Malaysia Cardiff City bersama Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) di padang Kompleks Mutiara di sini kelmarin.

Seramai 150 murid berusia antara lapan hingga 12 tahun dari sekolah seluruh Johor termasuk 20 jurulatih tempatan mengikuti program bola sepak sempena jelajah berkenaan.

Turut hadir ialah penolong jurulatih Johor, Wan Mustafa Wan Ismail dan Omar Salim.
Tien Ghee berkata, pihaknya juga tidak halangan dengan rancangan PBNJ untuk bekerjasama dengan Cardiff City bagi program kejurulatihan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...