Wednesday, July 13, 2011

Hanya dua pemain import musim 2012

TIADA perubahan dalam jumlah pasukan yang akan menyertai Liga Super musim depan, dengan format penyingkiran dan promosi kekal serta dua pemain import dibenarkan sekiranya mampu. 

Itu antara keputusan dicapai Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas mesyuarat Exco di Wisma FAM, semalam.
Keputusan itu sekali gus menafikan khabar angin yang mengatakan juara Liga Perdana, PKNS FC serta naib juara, Sarawak berkemungkinan berdepan penentuan play-off untuk layak ke Liga Super apabila jumlah pasukan dikurangkan daripada 14 kepada 12.


“Selepas mesyuarat hari ini (semalam), kami memutuskan akan mengekalkan 14 pasukan dalam Liga Super dan dua pasukan tercorot (Pahang dan Perlis) akan tersingkir ke Liga Perdana, serta PKNS dan Sarawak naik ke Liga Super,” kata pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam. 

“FAM juga memutuskan akan membenarkan mana-mana pasukan yang berkemampuan mendapatkan khidmat dua pemain import musim depan. Namun, ia bukan satu kemestian dan bergantung kepada kemampuan pasukan.” 

Selain itu, Hamidin turut mengumumkan, pasukan Harimau Muda A yang menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima musim ini, tidak akan beraksi dalam Piala Malaysia yang akan memulakan undiannya 3 Ogos ini. 

“Kekosongan itu akan diisi pemenang penentuan play-off antara Pahang dan Sime Darby pada 19 dan 22 Julai ini,” kata Hamidin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...