Wednesday, July 20, 2011

Playoff Piala Malaysia: Sime Darby belasah Pahang 4-0

KUALA LUMPUR 20 Julai - Pasukan Sime Darby membawa bekalan selesa untuk merebut tempat ke Piala Malaysia apabila berjaya membelasah Pahang 4-0 pada perlawanan Play Off Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Pahang terlebih dahulu melakukan percubaan menerusi sepakan kencang S. Rasiah, namun diselamatkan oleh penjaga gol Sime Darby, Mohd. Redzuan Harun pada minit keenam.

Pemain Sime Darby, Mohd. Badrul Hisyam Moris kemudian membuat percubaan menarik pada minit ke-12 tetapi gagal menembusi gawang gol Pahang yang dikawal rapi oleh Wan Mohd. Azraie Wan Teh.

Sime Darby memperoleh gol pembukaan pada minit pertama babak kedua perlawanan hasil jaringan Mohd. Faizal Esahar.

Ketua pasukan Sime Darby, Mohd. Nor Ismail kemudian menjaringkan gol kedua pada minit ke-62, diikuti jaringan Yusri Abas pada minit ke-80 dan gol penyudah oleh Mohd. Badrul (minit ke-91).

Perlawanan timbal-balik perlawanan playoff Piala Malaysia antara Pahang dan Sime Darby akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...