Tuesday, July 26, 2011

Sime Darby enggan jadi ‘pelengkap’

SELEPAS berjaya mengejutkan Pahang dengan agregat besar 6-0 dalam saingan play off Piala Malaysia, skuad pendatang baru Liga Perdana musim ini, Sime Darby FC mahu melakar satu lagi kejutan di pentas Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri.

Laungan itu diluahkan ketua jurulatih, Ismail Zakaria selepas anak buahnya melayakkan diri ke saingan itu biarpun hanya menduduki tangga kelima Liga Perdana.

“Memang saya akui barisan pemain saya agak mentah dalam pentas Piala Malaysia, lebih-lebih lagi inilah kali pertama berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik selain pendatang baru dalam kancah Liga Perdana.

“Tetapi kejayaan menundukkan Pahang yang beraksi dalam Liga Super dengan jaringan besar, membakar semangat pemain untuk memperagakan aksi mantap kelak,” katanya.

Pada aksi kedua timbal balik di laman lawan, Sime Darby FC yang membawa bekalan selesa 4-0, mudah menjinakkan Pahang dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan bekas pemain Perlis, Mohd Faizal Esahar dan bekas pemain T-Team, Mohd Faizal Mansor.

Sime Darby FC layak ke perlawanan plaf off itu selepas Harimau Muda A menarik diri.
Jurulatih berusia 50 tahun itu tidak menyasarkan sebarang kedudukan dalam kempen Piala Malaysia lebih-lebih lagi selepas menjadi pasukan terakhir layak, tetapi tetap yakin keupayaan anak buahnya.

“Saya mempertaruhkan pemain seperti bekas penyerang kebangsaan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...