Monday, August 8, 2011

FAP kecewa tidak dibantu


PULAU PINANG - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) kecewa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak serius meningkatkan mutu bola sepak negeri itu.

Presidennya, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, sejak pembangkang mentadbir negeri itu, FAP hanya menerima peruntukan sekali iaitu sebanyak RM500,000 daripada dua agensi kerajaan negeri, iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada 2009.

Menurutnya, kerajaan negeri meminggirkan FAP disebabkan dirinya tidak lagi berada dalam parti pembangkang.

"Tidak sepatutnya kerajaan negeri melibatkan politik dalam pengurusan bola sepak.

"Saya tidak mahu bertelagah tetapi mahu kerajaan negeri mengambil iktibar apa yang berlaku kepada pasukan negeri ini," ujarnya di sini, semalam.

Pulau Pinang menduduki tangga tercorot Liga Perdana.

Zahrain berkata, ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir, FAP menerima peruntukan kira-kira RM3 juta setiap musim bagi mengurus serta mengendalikan pasukan serta program berkaitan bola sepak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...