Wednesday, August 17, 2011

Hadi mahu tebus hampa


KUALA TERENGGANU - Penyerang berbisa Terengganu Abdul Hadi Yahya bertekad membantu pasukannya memburu Piala Malaysia.

Menurutnya, sewaktu mewakili pasukan kebangsaan baru-baru ini persembahannya kurang memberangsangkan dan saingan Piala Malaysia adalah peluang terbaik untuk menebus kekecewaan tersebut.

Katanya, semua pasukan yang layak bersaingan pada saingan Piala Malaysia adalah pasukan yang bagus dan rata-rata pernah menjuarai Piala Malaysia.

"Semua pasukan bertanding masing-masing punya kelebihan tersendiri dan jangan ambil mudah dengan setiap lawan yang akan ditentang," katanya semalam.

Menurut anak kelahiran Klang, Selangor ini, Terengganu mempunyai kelebihan dengan tujuh orang pemain Terengganu telah mewakili pasukan negara.

"Ramai pemain Terengganu mempunyai pengalaman setelah beraksi bersama pasukan negara dan diharap pengalaman itu dapat digunakan sepenuhnya bagi menghadapi saingan Piala Malaysia bulan depan," katanya.

Abdul Hadi yang juga mepenjaring terbanyak dalam saingan Liga Super musim lepas berharap dapat mengulangi lagi kejayaan manis itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...