Friday, August 19, 2011

Johor FC yakin mampu ke babak akhir


JOHOR BAHRU – Pasukan Johor FC melaungkan keyakinan untuk menempatkan diri pada pentas akhir saingan Piala Malaysia 2011.

Meskipun akur berhadapan laluan sukar diundi bersama juara bertahan, Kelantan, Johor FC kendalian Azuan Zain mahu mengulangi kejutan tahun lalu, mara ke peringkat separuh akhir.

Selepas dua perlawanan persahabatan sebagai persediaan, Azuan ternyata berpuas hati dengan persembahan daripada anak-anak buahnya.

Walaupun tewas 0-4 menentang Johor 9 Ogos lalu, Sang Lebah bangkit untuk mengikat Negeri Sembilan 1-1 pada aksi persahabatan, kelmarin.

Menurut Azuan, terdapat peningkatan dari segi corak permainan tetapi perlu diperbaiki lagi.

“Secara keseluruhan kita nampak peningkatan berbanding perlawanan menentang Johor.

Ketika itu banyak kelemahan tetapi kali ini kita berjaya menerapkan kembali apa yang kita mahukan.

“Kita berharap dapat mengatasi kelemahan terutamanya di bahagian tengah dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan skuad ini beraksi cemerlang pada kempen kali ini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, semalam.

Dalam pada itu, Azuan turut menggunakan khidmat dua pemain pinjaman, Mohd. Akmal Mohd. Nor dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Mohd. Saifulnizam Miswan dari Pahang.

“Kita akui pasukan ini masih dalam proses mencari rentak terbaik untuk mengharungi kempen Piala Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi tetapi kita yakin dengan kehadiran dua pemain ini pasukan ini dapat menguatkan lagi jentera tengah dan pertahanan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...