Thursday, August 18, 2011

Kafa, PBSNT bakal terima padah


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berdepan denda maksimum RM10,000 gara-gara tindakan liar segelintir penyokong mereka ketika aksi final Piala FA pada 11 Jun lalu.

Menurut Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahmad Fuad Daud, kedua-dua persatuan terbabit berdepan satu pertuduhan pada perlawanan Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.

“Pertuduhan terhadap Kafa adalah membabitkan penyokong The Red Warriors yang membaling mercun ke arah padang yang boleh didenda maksimum RM10,000 manakala penyokong Terengganu membaling objek seperti botol minuman yang turut membolehkan denda maksimum RM10,000 dikenakan.


“Surat pertuduhan terbabit sudah dihantar beberapa hari lalu dan mereka mempunyai tujuh hari untuk menyatakan pendirian mengenai pertuduhan terbabit,” katanya semalam.

Pada aksi final terbabit yang disaksikan kira-kira 85,000 penyokong kedua-dua pasukan dari pantai timur itu, Terengganu muncul juara selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan yang berlarutan ke masa tambahan.

Sementara itu Setiausaha Agung Kafa, Mohamad Nordin Awang ketika dihubungi berkata pihaknya akan merayu kepada FAM agar membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan mengenakan denda paling minimum.



“Kafa terpaksa mengaku salah terhadap pertuduhan ini kerana FAM sudah pasti mempunyai bukti kukuh seperti rakaman video dan sebagainya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...