Friday, August 12, 2011

Karathu rancang 5 aksi persahabatan


KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu mahu menggunakan lima aksi sepanjang bulan ini sebagai medan merencanakan persiapan Piala Malaysia.

Menurutnya, ia merupakan peluang terbaik untuk mengenal pasti pemain yang akan disenaraikan ke dalam skuad utama Red Warriors.

"Daripada lima perlawanan tersebut, tiga di Kuala Lumpur, satu di Kota Bharu dan Thailand.

"Untuk perlawanan di Kuala Lumpur, kami akan menentang Kuala Lumpur (14 Ogos), Selangor (17 Ogos) dan PDRM (18 Ogos).

"Untuk aksi di Kota Bharu, kami akan melayan kunjungan T-Team (24 Ogos) dan kemudiannya akan bertolak ke Thailand untuk aksi terakhir dengan Songkla FC (26 Ogos)," katanya semalam.

Karathu berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan pemain ketika sesi latihan.

"Saya mahu semua pemain berada pada prestasi terbaik sebelum bermula Piala Malaysia.

"Kecergasan amat penting dan saya harap pemain bekerja kuat meskipun berpuasa pada siang hari.

"Sebagai juara bertahan, kita perlu bersedia sepenuhnya dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...