Wednesday, August 10, 2011

KLFA minta pemain sabar


PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) meminta pemainnya agar bersabar dan bertenang kerana usaha bagi menyelesaikan masalah gaji tertunggak sedang diusahakan.
Presiden, Datuk Astaman Abdul Aziz menjelaskan persatuan kini berbincang dengan pihak penaja yang berpotensi bagi membolehkan perkara itu menemui titik noktah.

“Kami bukannya sengaja untuk tidak menggembirakan pemain. Kami harap mereka dapat bersabar kerana usaha giat dilakukan. Beri kami sedikit masa lagi,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pemain skuad Liga Super Kuala Lumpur yang mendakwa tidak mendapat bayaran gaji sejak pertengahan Mei lalu sehingga ada yang mencecah RM10,000.

“Kalau persatuan mempunyai wang, memang gaji pemain akan dibayar seperti biasa. Persatuan tidak pernah membelanjakan wang sesuka hati. Bukan senang menyediakan peruntukan RM3 juta semusim,” katanya.

Astaman menegaskan pihaknya tetap menyelesaikan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setiap pemain bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit pada masa depan.



Walaupun dirundung masalah terbabit, Kuala Lumpur yang dikendalikan jurulatih, Mohd Razip Ismail berjaya menamatkan saingan Liga Super di tempat ke-12 hasil komitmen tinggi pemain sekali gus mengelakkan t mereka berada dalam kedudukan dua pasukan tercorot dan tersingkir ke Liga Perdana. musim depan selain berjaya mara sehingga suku akhir bagi saingan Piala FA.

Tugas berat menanti mereka dalam saingan Piala Malaysia selepas diundi dalam Kumpulan D bersama-sama juara 32 kali, Selangor serta T-Team dan PDRM.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...