Saturday, August 6, 2011

Laluan mudah pasukan pilihan


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) menunjukkan isyarat bagus selepas majlis undian Piala Malaysia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH



KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kelantan mendapat laluan mudah untuk sekurang-kurangnya ke separuh akhir apabila diundi dalam Kumpulan C bersama Johor FC, Felda United dan Sarawak dalam Kumpulan C Piala Malaysia.

Malahan, jika keempat-empat pasukan pilihan iaitu Terengganu, Selangor dan Kedah muncul juara kumpulan masing-masing, Red Warriors dapat mengelak pertemuan dengan Terengganu dan Selangor pada separuh akhir, sebaliknya akan berdepan Kedah.

Namun jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu tidak mahu terlalu yakin kerana pada saingan peringkat kalah mati, apa sahaja boleh berlaku.

Baik Johor FC, Felda United atau Sarawak, jurulatih Kelantan itu dia tidak menganggap pasukannya akan mendapat laluan mudah bagi mencari tiket ke suku akhir.
Karathu berkata, cabaran kuat mungkin dari Johor FC, yang disifatkannya sebuah pasukan yang liat untuk ditumbangkan.

"Johor FC pasukan kuat di tempat sendiri dan kami hanya boleh menang 1-0. Saya jangka kami akan mendapat tentangan yang kuat.

"Sarawak pula kami tidak pernah berdepan mereka musim ini kerana mereka dari Liga Perdana, jadi saya tidak begitu mengetahui kekuatan Sarawak," katanya selepas Majlis Pengundian Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, di sebalik reputasi gah menjulang Piala Malaysia 32 kali, Selangor lebih gemar untuk memperbaiki pencapaian musim lalu dengan melepasi suku akhir terlebih dulu selepas diundi agak selesa dalam Kumpulan D.

Jurulatihnya, K. Devan menganggap peluang Merah Kuning untuk mengulangi kejayaan terakhir yang dijulang pada 2005 hanya akan lebih jelas sekiranya mampu melepasi tentangan musuh sekumpulan, T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sukar mencongak peluang sekarang apatah lagi saya hanya baru dapat memiliki ramai tonggak yang baru pulih daripada kecederaan seperti Fadzli Saari, Hardi Jaafar dan Razman Roslan.

"Tahun ini saya fikir persediaan menurut apa yang dirancangkan dan pasukan teruja untuk merampas Piala Malaysia kerana ini sahajalah kejuaraan yang tinggal," katanya.

Jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail meletakkan jiran mereka, Gergasi Merah sebagai pasukan pilihan Kumpulan D manakala T-Team sebagai lawan Liga Super yang sudah difahaminya tetapi kurang mengetahui kemampuan Polis.

"Kuala Lumpur dalam keadaan yang agak sukar . Selangor tetap pasukan pilihan, tetapi T-Team biasa kami tentang dan bagi PDRM, saya kurang pasti dengan kemampuan terbarunya (pasukan Liga Perdana)," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...