Wednesday, August 17, 2011

Peluang Yob uji sengat


PERTEMUAN dengan Sime Darby di Stadium Perak malam esok medan menguji kemampuan pasukan Perak kerana bertemu pencabar lebih kuat.

Berbanding dua perlawanan sebelum ini iaitu TUDM dan Polis, anak buah Norizan Bakar kali ini akan berhadapan pasukan yang turut beraksi dalam Piala Malaysia.

“Perlawanan ini akan menguji kemampuan sebenar pemain Perak selepas menjalani latihan intensif selama lebih dua minggu.


“Mungkin dalam dua perlawanan sebelum ini, kami tidak diuji kerana bertemu pencabar lemah tetapi saya yakin Sime Darby mempunyai keupayaan lebih tinggi,” kata pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun.

Khairul yang meneruskan semula jawatan selepas Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menolak peletakan jawatan baru-baru ini bertekad melakukan yang terbaik bagi memastikan Perak mara jauh dalam saingan Piala Malaysia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...