Monday, August 22, 2011

Prestasi Lebah masih kurang menyengat

KEPUTUSAN Jurulatih Johor FC, Azuan Zain menukar pemain utama dengan pemain muda pada separuh masa kedua memakan diri apabila tewas 1-3 dalam perlawanan persahabatan menentang Selangor di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Skuad Lebah dilihat berjaya menyeimbangkan perlawanan pada separuh masa pertama melalui Rizal Zamberi Yahya pada minit ke-58 melalui sepakan penalti, terpaksa akur apabila gagal mencari rentak permainan.

Azuan Zain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kelonggaran di bahagian pertahanan dan tengah turut menjadi punca utama kekalahan mereka.

”Dalam masa sama, kelalaian penjaga gol beraksi cemerlang menyebabkan lawan menjaringkan gol mudah.

“Kita berusaha menurunkan kesemua pemain bagi membolehkan mereka menimba pengalaman beraksi dan mencari keserasian sebelum perlawanan Piala Malaysia 2011 kelak,” katanya.

:Sementara itu, Azuan berpuas hati prestasi dua pemain pinjamannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...