Monday, August 8, 2011

Red Warriors terima bonus RM282,000


BARISAN pemain dan pengurusan Red Warriors dan Piala Presiden Kelantan yang menjuarai Liga Super dan Piala Presiden musim ini menerima bonus RM282,000 sebagai menghargai kejayaan pasukan masing-masing.

Daripada jumlah itu, pasukan Red Warriors menerima bonus berjumlah RM222,000, manakala skuad Piala Presiden Kelantan pula mendapat RM60,000 yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, kelmarin.

Annuar berkata pembayaran bonus kepada semua pemain dari kedua-dua pasukan itu sebagai hadiah bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang hujung bulan ini.


Beliau berkata, ahli majlis Kafa dalam mesyuaratnya Jumaat lalu mengambil keputusan untuk memberikan bonus tambahan berjumlah keseluruhan RM222,000 kepada barisan pemain Red Warriors kerana kejayaan menjulang trofi Liga Super buat kali pertama dalam sejarah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...