Friday, September 23, 2011

Media tak puas hati prestasi Samurai Muda

LAPORAN media Jepun mengenai pertemuan Samurai Muda dengan Skuad Olimpik negara kelmarin.
LAPORAN media Jepun mengenai pertemuan Samurai Muda dengan Skuad Olimpik negara kelmarin.



SEKALIPUN menang 2-0 ke atas Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan C, kelayakan Olimpik 2012, media Jepun masih belum berpuas hati terhadap permainan dipamerkan barisan Takashi Sekizuka di Stadium Tosu, Wilayah Saga, kelmarin. 

Rata-rata menamakan pemain tengah, Hiroshi Kiyotake sebagai wira sebenar dalam perlawanan yang menyaksikan dominasi hampir 68 peratus skuad Samurai Muda, biarpun Keigo Higashi dan Ryohei Yamazaki yang menewaskan penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat.

Akhbar sukan Sport Nichi, menyifatkan pemain tengah itu mengorak langkah pertama Jepun untuk ke London 2012, sambil menyebut tonggak sebenar - Yuya Osako, Genki Haraguchi dan Kensuke Nagai - tidak perlu bekerja keras dalam perlawanan itu.
“Kiyotake wira sebenar” tertera pada muka belakang akhbar sukan Nikken Sports dan mengulas pemain jersi 17 itu melakukan tugas dengan berkesan untuk menggerakkan jentera tengah Jepun. 

Kolumnis akhbar itu, Sergio Echigo pula memuji sumbangan pemain gantian, Yamazaki yang beraksi baik dan menggegar gol kedua Jepun pada minit ke-76 sambil menyifatkan pemain lain harus lebih banyak membantu Kiyotake dan mencontohi semangatnya di dalam padang. 

Akhbar sukan Sports Hochi pula, menyifatkan Jepun seharusnya menang besar, sebaliknya dipaksa bergelut untuk terpaksa berpuas hati dengan sekadar dua gol. 

“Bergelut untuk Menang” - tertera di halaman belakang manakala tajuk kecil tertulis “2 gol ciptaan Kiyotake.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...