Wednesday, October 12, 2011

FAM letak syarat


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju memberi kelonggaran kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk membenarkan skuad Young Lions yang akan menyertai kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan dibarisi pemain berusia lebih 23 tahun.

Naib Presiden badan induk bola sepak tanah air, Datuk Hamidin Mohd Amin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) berkata, segala urusan penyertaan Young Lions dalam Liga M serta pembabitan Harimau Muda A ke Liga Singapura (Liga S) sudah dimuktamadkan.

“Untuk pasukan Young Lions Singapura, kita memberikan kelonggaran dengan membenarkan skuad itu diwakili pemain berusia lebih 23 tahun. Mereka tidak mempunyai ramai pemain bawah 23 tahun dan ada juga di antara mereka yang terbabit dalam kerahan tenaga.


“Bagaimanapun pasukan mereka tidak dibenarkan menurunkan pemain import manakala kita pula tetap akan menghantar skuad Harimau Muda A untuk beraksi dalam Liga Singapura dan gelanggang pasukan ini di sana masih belum diputuskan lagi,” katanya, semalam. kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JKPT ke-10 semalam.

Menurut Hamidin, Young Lions akan beraksi dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia manakala Harimau Muda A dibimbing jurulatih Ong Kim Swee akan bertanding dalam Liga Singapura, Piala Singapura dan Piala FA.

Idea gabungan kedua-dua negara itu dicapai menerusi perbincangan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden FAS, Zainudin Nordin, Julai lalu.



Kata sepakat ini bakal membuka lembaran baru buat Singapura yang mempunyai tradisi tersendiri dalam kancah bola sepak tanah air apabila muncul juara Piala Malaysia 24 kali dengan kali terakhir tampil pada 1994.

Perseteruan kedua-dua negara ini tampak lebih panas meskipun bukan membabitkan pasukan senior berikutan kekalahan Malaysia di tangan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu menerusi agregat 6-4.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...