Saturday, October 15, 2011

Kuasa Selangor


PUAS...pemain Selangor meraikan kejayaan   menewaskan pasukan Perak, semalam.
PUAS...pemain Selangor meraikan kejayaan menewaskan pasukan Perak, semalam.
KESUNGGUHAN semata-mata tidak mencukupi buat Perak untuk menandingi Selangor apabila tunduk 1-0 di gelanggang sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.

Tuan rumah yang turun dengan semangat tinggi sebaliknya terpaksa menelan keperitan sekali lagi apabila sentuhan daripada sepakan percuma Shafiq Rahim menghukum anak buahnya Norizan Bakar sebelum Rudie Ramli mudah menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin ke gawang yang kosong untuk gol tunggal perlawanan itu dan agregat keseluruhan 4-1.

Apapun pada perlawanan itu, Perak walaupun menguasai permainan tidak nampak kelihatan mampu menjaringkan gol kerana selain tidak banyak mencipta peluang turut mendapati benteng lawan terlalu kental untuk ditembusi.


Keberkesanan corak bertahan anak buah P Maniam menyaksikan pintu gol Selangor penuh sesak hingga menyukarkan sebarang usaha pemain tuan rumah untuk memecah benteng pelawat.

Berbekalkan sokongan padu kira-kira 30,000 penonton, anak buah Norizan melancarkan serangan dari segenap sudut manakala percaturan Maniam untuk mengamalkan corak bertahan dan bergantung kepada serangan kilat sesekali mencemaskan kubu lawan.

Bagaimanapun peluang terbaik pasukan itu pada minit ke-11 gagal dimanfaatkan.

Jentera serangan Perak yang menggandingkan Akmal Rizal-Failee Ghazali walaupun bergerak lincah tetapi sukar melepasi halangan barisan pertahanan Selangor yang berjaya menerap gerakan pasukan tuan rumah.


Begitupun Selangor mempamer detik cemerlang di awal babak kedua apabila berjaya menjaringkan gol lima minit saingan berlangsung. Tanda-tanda kubu Perak akan bocor sudah terbayang sebaik saingan berlangsung tetapi Khairi Zainuddin menyelamatkan kubunya apabila menampan bola rembatan Rudie di atas garisan gol seminit saingan berlangsung.

Namun pemain itu tidak melakukan kesilapan tiga minit kemudian apabila menanduk bola yang melantun daripada tampanan Nasril untuk menambah keperitan Seladang. Walaupun Perak berjuang hingga ke hingga ke wisel penamat ternyata tidak mencukupi untuk menyelamatkan keadaan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...