Wednesday, October 12, 2011

Perak janji tentangan sengit


IPOH - Perak mahu melupakan episod duka di Shah Alam dan berazam memadamkan kelebihan dua gol Selangor pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, Jumaat ini.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun menegaskan, Perak pasti bangkit dan akan memberi tentangan hebat kepada Selangor.

"Kita sudah mengenalpasti kelemahan di Shah Alam sehingga Selangor menggenggam kelebihan dua gol.

"Salah satu kelemahan ialah memberi ruang kepada lawan menyerang," katanya.

Beliau membayangkan lima pemain yang dilepaskan hukuman penggantungan lima perlawanan akan digunakan pada perlawanan di Ipoh.

Akmal Rizal Ahmad Rakhli akan berganding dengan Mohd Failee Ghazli pada barisan serangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...