Sunday, October 16, 2011

Skuad B-23 benam Nepal


PETALING JAYA - Pasukan Bawah 23 negara bangkit pada 10 minit terakhir untuk membenam skuad kebangsaan Nepal 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium MBPJ, semalam.

Walaupun menguasai 70 peratus perlawanan, Malaysia terpaksa menunggu sehingga minit ke-81 untuk memecah kebuntuan gol melalui tandukan Izzaq Faris Ramlan selepas menyambut hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.

Rembatan menarik penyerang Kuala Lumpur, Yong Kuong Yong pada masa kecederaan selepas memperdayakan pertahanan Nepal dalam kotak penalti memastikan Malaysia muncul pemenang.

Skuad negara sepatutnya menang dengan jumlah jaringan yang lebih besar namun ketumpulan jentera serangan yang dikemudi Syahrul Azwari Ibrahim menyebabkan Malaysia mengakhiri babak pertama tanpa sebarang jaringan.

"Penyudah yang tumpul pada babak pertama membuatkan pemain tertekan walaupun lawan lebih gemar bertahan dalam kawasan sendiri.

"Perlawanan ini memberikan manfaat kepada pemain supaya belajar bagaimana hendak pecahkan formasi pasukan lawan yang bertahan.

" Pasukan seperti Laos atau Kemboja mungkin akan gunakan taktik sebegini pada Sukan SEA," kata Kim Swee.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...