Tuesday, October 18, 2011

Terengganu sedia gempur: Marzuki


PENYOKONG  dari  kelab 'Terengganu FC' bersemangat memberi sokongan padu kepada Terengganu bertemu Selangor, malam ini.
PENYOKONG dari kelab 'Terengganu FC' bersemangat memberi sokongan padu kepada Terengganu bertemu Selangor, malam ini.
Kapten akur kelibat Safiq harus ‘dirantai’ di Shah Alam, malam ini

KAPTEN Terengganu, Marzuki Yusoff cuma bimbang satu faktor sahaja mengenai Selangor - rekod cemerlang pihak lawan itu menyempurnakan jaringan daripada situasi ‘bola mati’ terutama menerusi kapten mereka, Safiq Rahim.
Tonggak pertahanan skuad juara Piala FA itu jelas gelisah akan hadir lagi situasi sama menjelang saingan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, malam ini dan menasihatkan rakan sepasukan, terutama bahagian benteng lebih berwaspada andai tidak mahu gawang lebih kerap dibocori.
Berpandu kepada suku akhir sebelum ini, hampir semua gol dijaringkan skuad Merah Kuning berpunca menerusi sepakan percuma Safiq.

“Selangor pasukan hebat dan menunjukkan peningkatan dalam perlawanan suku akhir sebelum ini. Walaupun aksi mereka tidak konsisten pada awal saingan, tapi Terengganu tidak boleh memandang ringan cabaran mereka.

“Saya lihat dalam perlawanan sebelum ini, Selangor banyak memperoleh jaringan menerusi sepakan percuma. Situasi bola mati mereka bahaya dan semua pemain perlu elak melakukan kesilapan di kawasan berhampiran pintu gol sendiri,” kata Marzuki.

Berasaskan rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Super, Selangor mungkin memiliki kelebihan berbanding Terengganu selepas mencatat satu kemenangan dan satu seri. 


Bagaimanapun, kapten berpengalaman masih berpendapat ia bukan sesuatu yang mustahil menumbangkan Merah Kuning kerana moral pemain kini berada di tahap terbaik selepas mengalahkan juara bertahan, Kelantan di suku akhir.

“Kejayaan menewaskan Kelantan memberi kami inspirasi baru dalam kejohanan ini,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...