Tuesday, November 1, 2011

Masalah kewangan: KLFA tak cadang ambil pemain import


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak berhasrat mengambil pemain import bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan kerana berdepan dengan masalah kewangan.

Presidennya, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, KLFA masih lagi berusaha mencari penajaan secukupnya untuk membolehkannya menggunakan khidmat pemain import.

"Setakat ini, kita baru mendapatkan separuh penajaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Julai lepas memberi kebenaran kepada pasukan Liga Super mendapatkan khidmat dua pemain import masing-masing seorang dari negara ASEAN dan seorang dari negara Eropah, Afrika atau Amerika Latin.

Astaman, yang juga anggota Exco FAM, berkata, walaupun pasukan Kuala Lumpur tidak dibarisi pemain import, beliau yakin dengan kemampuan pemain sedia ada.

Beliau juga berkata, KLFA tidak akan merombak pemain pasukan itu selain mengekalkan jurulatih Razip Ismail. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...