Tuesday, November 1, 2011

Tonggak NS ‘angkat kaki’


   HAIRUDDIN bakal sarung jersi Tentera musim depan.
HAIRUDDIN bakal sarung jersi Tentera musim depan.
Hai-O antara pemain dikaitkan menyarung jersi skuad Tentera 

DETIK meraikan kejayaan menjulang Piala Malaysia baru bermula, tetapi perkembangan terbaru dalam skuad Negeri Sembilan harus membantutkan suasana ceria itu serta mengundang gelisah di kalangan peminat setia skuad Hoben Jang Hoben.
Ini kerana pasukan kesayangan mereka dikendali Azraai Khor Abdullah itu mungkin hilang beberapa tonggak yang dilaporkan akan ‘angkat kaki’ meninggalkan pasukan itu bagi menghadapi musim depan.


Antara nama dikaitkan bakal berpindah termasuk penyerang sensasi, Hairuddin Omar yang menjaringkan gol kemenangan ketika membantu Negeri Sembilan menjulang piala keramat itu buat kali ketiga dengan membenamkan negeri kelahirannya Terengganu 2-1 di final Piala Malaysia, Sabtu lalu. 

Penyerang yang dikenali dengan Hai-O itu dikaitkan akan menyertai Tentera dibimbing bekas jurulatih negara dan Kelantan, B Sathianathan. 

Hairuddin mengakui kontraknya bersama Negeri Sembilan akan tamat bulan ini, tetapi dia masih belum membuat keputusan sama ada bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan PBNS atau menyertai pasukan lain. 

“Memang saya ada menerima beberapa tawaran termasuk tawaran baru dari PBNS, tetapi saya belum buat keputusan. Saya akan perhalusi setiap tawaran itu sebelum membuat keputusan muktamad,” kata pemain kelahiran Setiu itu. 


Turut dikaitkan akan menyertai Tentera yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana ialah pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, penjaga gol, Mohd Farizal Harun dan pertahanan, Irwan Fadzli Idrus. 

Pemain tengah berpengalaman, Idris Karim dikatakan meminta pelepasan untuk beraksi bersama negeri kelahirannya, Johor. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...