Saturday, December 24, 2011

Abdullah galas tugas ketua jurulatih Perlis

BH Online

BEKAS pengendali skuad Piala Presiden Kedah 2004, Abdullah Hassan sah dilantik selaku ketua jurulatih skuad Liga Perdana Perlis untuk menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. 

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz berkata pengendali itu menjadi pilihan selepas mengambil kira beberapa faktor, biarpun terdapat beberapa calon lain turut dipertimbang bagi mengisi jawatan berkenaan.



“Dia memiliki kelayakan Lesen A selain berpengalaman sebagai ketua jurulatih skuad Kedah (Piala Presiden),” katanya, semalam.
Sementara itu, Ku Besry mengesahkan dua pemain import dari benua Afrika dan lima import tempatan bakal menguatkan cabaran skuad 25 pemain bagi musim 2012. 

Kedua-dua pemain asing itu ialah Lamin Conteh Jr - bekas pemain tengah Perlis ketika menjulang kejuaraan Liga Super 2005 dan Piala Malaysia 2006 serta penyerang dari Sierra Leone, Henry Selix Lewis. 

Ku Besry turut memaklumkan PFA menerima sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM150,000, Isnin lalu disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu kepada pengurus pasukan, Azhar Ahmad yang juga Timbalan Presiden PFA. Ia untuk membiayai perbelanjaan selain menyelesaikan tunggakan pembayaran pemain dan pegawai pasukan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...