Thursday, December 29, 2011

Ali kembali terajui Mafa


Harian Metro

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kembali menerajui Persatuan Bolasepak Melaka (Mafa) selepas Kongres Tahunan Kali ke-57 persatuan itu di Paya Rumput, Melaka kelmarin.


Mohd Ali yang pernah memimpin Mafa pada sesi 2007/2008 memutuskan menarik diri dan memberi laluan kepada Ketua Pemuda Umno Negeri, Karim Yaakob, sebelum menyerahkan tugas berkenaan kepada exco kerajaan negeri, Datuk Md Yunos Husin.

Bekas Setiausaha Agung Mafa, Hahi Saleh berkata, pada pemilihan kali ini, Md Yunos menyerah tugas kepada Mohd Ali menerusi perlembagaan Mafa.




Menurutnya, apa yang ahli gabungan harapkan Mohd Ali akan menerima keputusan itu dengan positif bagi mengembalikan kegemilangan negeri Hang Tuah selepas kini terperosok di Liga FAM.

Pada sesi kongres itu juga Senator Datuk Chiw Tiang Chai dipilih Timbalan Presiden selepas menewaskan bekas pengurus Liga M Melaka, Yazed Khamis.


Empat lagi jawatan Naib Presiden disandang Noor Azman Rahman, Fadzil Abu Bakar, Ahmad Rosle dan Datuk Talib Bachik selepas menewaskan calon lain yang bertanding.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...